“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak
ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya
boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak
merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina
diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki
sesuka hati.
Aku juga
tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan
kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau
aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu
menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku
kerana itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku
nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan
disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku
mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia
semata-mata untuk mu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku
yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin
berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku
kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa
seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku
bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya
membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah
wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat
perhitungan denganmu.
Aku tahu
lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak
hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku
bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir
pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi
aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar
lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah
tujuan yang satu.
Hati
Tidak
perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas
perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi
Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku
terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam
hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak
diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu
kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu.
Juga
jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut
perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam
kehidupan kita kelak.
Permintaanku
tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari
redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang
penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di
medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku
keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku
pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh
cintamu kepadaku.
Cukuplah
kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai
Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada
cinta biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
*sumber: Akuislam.com
masyallah..... menginspirasi sekali kaka :D
BalasHapusAlhamdulillah. syukran telah mampir ke blog :)
Hapus